AWAS : LANTAI LICIN, MASJID BERBAU


INI YANG SEDANG BERLAKU DI MASJID BUKIT KECHIL SIMPOR, SUNGAI PETANI



Fasiliti masjid yang sempit, kecil, rosak, berbau dan licin boleh membahayakan keselamatan jemaah dan memberi impak buruk pada imej Rumah Allah.





TAHUKAH ANDA?

Orang yang menjaga kebersihan masjid, meskipun hanya dengan membuang kotoran sebesar biji sawi, maka dosanya akan diampuni oleh Allah.


مَنْ أَخْرَجَ قَذَرَةً مِنَ الْمَسْجِدِ بِقَدْرِ مَا يَدُوْرُ فِى الْعَيْنِ أَخْرَجَهُ اللهُ تَعَالَى مِنْ أعْظَمِ ذُنُوْبِهِ


"Siapa yang mengeluarkan kotoran dari masjid dengan seukuran yang dapat dipandang oleh mata, maka Allah akan mengeluarkannya dari dosa-dosa yang besar dari dirinya ."




Hari ini jemaah di  Masjid Bukit Kechil Simpor  terpaksa menghadapi risiko kecederaan sekiranya bilik air yang licin tidak dinaiktaraf segera.


Malah jemaah lelaki dan wanita terpaksa menunggu giliran yang lama apabila ingin menggunakan bilik wuduk yang sempit dan kecil -  paipnya juga terhad.


Ketika solat,  bau yang kurang enak daripada sistem kumbahan  juga menyucuk hidung jemaah. Sedih tempat beribadat umat Islam begini kan? Inilah realiti masih terdapat Rumah Allah yang berada dalam keadaan ini.




Lebih sedih,  pengurusan jenazah juga terpaksa mengambil masa yang lama , kerana tiada tempat mandi dan kapan khusus di  Masjid Bukit Kechil Simpor  ini. Pastinya ramai yang tidak mahu urusan pengurusan jenazah dilambatkan, sehingga boleh menimbulkan fitnah dan sebagainya.


Hal ini kerana, s ekiranya jenazah lambat diuruskan, jasad mula mengeras dan membengkak serta mula mengeluarkan bau hingga mungkin boleh mendatangkan aib kepada si mati sedangkan Rasulullah SAW menyuruh kita untuk berkata perkara baik kepada orang yang sudah meninggal dunia.


 "Sesiapa yang memandikan jenazah, lalu dia sembunyikan keaiban pada jenazah itu, maka diampunkan untuknya 70 dosa besar."  (Hadith Riwayat At-Tabrani).




Selain itu banyak juga aktiviti keraian seperti sambutan jamuan hari raya, ceramah perdana  diadakan di sini, dan menjadi pusat berkumpulnya orang Islam.


Masjid Bukit Kechil Simpor, Rayu Orang Ramai Bantu Kumpul Dana RM700,000 Segera.



Kerja-kerja pembinaan fasiliti tambahan Masjid Bukit Kechil Simpor sedang dilaksanakan.


Sedar dengan situasi itu,  jawatankuasa Masjid Bukit Kechil Simpor  mula bertindak untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu umat Islam dan jemaah di situ.


Pembinaan fasiliti ini sedang dijalankan menggunakan wang sumbangan orang ramai, namun  masih memerlukan dana RM700,000  untuk  melancarkan projek penambahan Masjid Bukit Kechil Simpor ini.



Kerja-kerja menolak tanah untuk membina fasiliti masjid untuk menampung keperluan jemaah perlu dibina segera.


Pastinya anda juga mahu Rumah Allah ini sentiasa bersih, cantik dan selesa apabila ingin menggunakannya. Dan tidak selesa dan kesal apabila keadaan di masjid-masjid kelihatan kotor.



Kerja pembinaan fasiliti masjid yang akan menjadi Rumah Allah lebih indah, selesa, ceria dan bersih memerlukan dana RM700,000. Mohon sumbangan anda!


Justeru! Ayuh sahabat yang memburu syurga, mahu bahagia di dunia. Bersedekahlah untuk rumah Allah. Ini peluang anda!


"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith Riwayat Muslim).

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
011-10665349 (Ustaz Azizan)  Imam Masjid Bukit Kechil Simpor, Sungai Petani



Kutipan Semasa Borang

RM {nilai_semasa}

Sasaran Kutipan Borang

RM {nilai_sasaran}

0%


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
DANA MASJID BUKIT KECHIL -1 - RM1000
DANA MASJID BUKIT KECHIL -2 - RM500
DANA MASJID BUKIT KECHIL -3 - RM250
DANA MASJID BUKIT KECHIL -4 - RM100
DANA MASJID BUKIT KECHIL -5 - RM50
DANA MASJID BUKIT KECHIL -6 - RM30
DANA MASJID BUKIT KECHIL -7- SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN