JEMAAH MELIMPAH, RIBUAN PENDUDUK BANDAR CASSIA PERLU MASJID BAHARU
"Pembangunan Masjid Bandar Cassia perlu dana, Rayu Sumbangan Pelbagai Pihak"
SEBERANG PERAI - Bandar Cassia kini memerlukan masjid baharu untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah saban tahun. Masjid baharu ini akan menggantikan surau yang dijadikan alternatif bagi menampung keperluaan jemaah untuk terutama ketika solat Jumaat.
"Surau sedia ada tidak lagi mampu tampung jemaah yang ramai. Setiap kali solat Jumaat pasti ada yang terpaksa sembahyang di luar surau. Sudah terlalu padat," kata seorang Pengerusi Kariah Bandar Cassia, Rosli Othman .

Pengerusi Kariah Bandar Cassia, Rosli.
Pembangunan ekonomi yang pesat telah menyebabkan pertambahan penduduk setiap tahun terutama orang Islam. Sehubungan itu, keperluan
untuk
pembangunan masjid di kawasan
Bandar Cassia
ini sangat mendesak.
Manfaat pembinaan Masjid Bandar Cassia
(1) Menambah fasiliti masjid, jemaah lebih selesa beribadah
(2) Mempelbagaikan aktiviti keagamaan untuk penduduk Islam
(3) Mengeratkan hubungan silaturrahim
(4) Menjadi pusat dakwah
Lakaran Masjid Bandar Cassia yang lengkap dengan fasiliti bakal dibina dan masih memerlukan sumbangan pelbagai pihak.
Sehubungan itu dana diperlukan untuk proses pembangunan dan pembinaan Masjid Bandar Cassia yang baharu ini.
Orang ramai dan semua pihak dirayu untuk membantu menyegerakan pembangunan ini dengan menghulurkan sumbang ikhlas dalam bentuk infak, sedekah, dan wakaf.
"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina baginya di dalam Syurga (binaan) seumpamanya." (Hadis Riwayat Muslim)
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi : Tuan Rosli, Pengerusi Masjid
No Telephon : +60 13-528 6987
Kutipan Semasa Borang
RM {nilai_semasa}
Sasaran Kutipan Borang
RM {nilai_sasaran}