HINDARI AZAB KUBUR DENGAN SEDEKAH MU

“Sungguhnya sedekah itu akan memadamkan dari ahlinya akan kepanasan kubur. Dan bahawasanya akan berteduh seorang mukmin itu pada hari kiamat di bawah teduhan sedekahnya.”  (Hadis riwayat Al-Baihaqi dan At-Tabarani)






MASJID IMAM AS-SYAFIE PERLU DANA UNTUK KEMUDAHAN LEBIH 15, 000 ISI RUMAH DI BANDAR MERU RAYA, IPOH





Ilustrasi Masjid Imam As-Syafie yang sedang dibina di kawasan Meru Raya, Ipoh

IPOH - Kira-kira 15, 000 isi rumah di kawasan Meru Raya, Ipoh memerlukan sebuah  masjid baharu untuk menunaikan solat berjemaah terutamanya ketika  hari Jumaat, dan  hari raya.

Sehingga hari ini,  Surau Rafeah  yang mempunyai keluasan yang amat terhad  digunakan untuk dijadikan  lokasi solat Jumaat tambahan (Surau Diri Jumaat) kepada  para jemaah memandangkan  masjid yang sedia ada  tidak dapat menampung bilangan jemaah yang ramai.


Surau Rafeah yang dijadikan Surau Diri Jumaat sementara oleh penduduk di kawasan Meru Raya.

Di kawasan ini juga berhampiran  pejabat pejabat kerajaan, bank-bank, hotel, rumah  kedai  dan juga di kelilingi taman taman perumahan yang telah sedia ada dan yang  masih dalam pembinaan.

Kira kira 80% daripada penduduk dikawasan ini adalah  beragama Islam dan pastinya keperluan membina sebuah lagi masjid untuk  menampung bilangan jemaah ini amat mendesak terutama ketika hari Jumaat.


Kerja-kerja pembinaan fasa pertama sedang dijalankan namun dana masih belum mencukupi.

Marilah  kita mengambil manfaat dari projek pembangunan  Masjid Imam As-Syafie  ini yang  dalam peringkat awal pembinaan.

Bandar Meru Raya adalah sebuah bandar moden yang sedang pesat membangun dan,  menjadi antara pusat penempatan utama di Bandaraya Ipoh.

Justeru, pembinaan masjid baharu yang  serba lengkap dengan kemudahan fasiliti  juga perlu dibina segera  dikawasan ini.

Masjid ini akan bertindak sebagai  mercu tanda keunggulan Islam  di kawasan ini,  memandangkan majoriti penduduknya adalah  masyarakat yang beragama Islam.

Dengan pembinaan  Masjid Imam As-Syafie  ini juga  syiar Islam dapat  diperkembangkan  melalui penganjuran program program ilmu dan kegiatan kegiatan  lain termasuk perjumpaan dikalangan penduduk bagi memupuk hubungan silaturahim  dikalangan mereka di sini.

Dengan pembinaan Masjid Imam As-Syafie ini sudah tentunya akan menjadi tempat  untuk penyatuan Ummah dan pusat pemupukan ajaran agama kepada penduduk  beragama Islam di kawasan Meru Raya Ipoh ini.

Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid ini masih memerlukan dana  lagi kerana jumlah kutipan yang telah terkumpul setakat ini masih belum mencukupi.


Masjid Imam As-Syafie perlu dibina dengan kadar segera bagi menampung kerpeluan ribuan penduduk Islam yang tinggal di Meru Raya, Ipoh.

Oleh sebab itu kepada para pemburu syurga, ayuh kita untuk turut sama  menyumbang, bersedekah, berwakaf atau berinfak sebahagian kecil harta  yang kita ada untuk tujuan pembinaan  Masjid Imam As-Syafie ini dengan  segera!

Dari Abu Huhairah RA, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya  kecuali tiga perkara:  SEDEKAH JARIAH, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan  anak soleh yang mendoakan untuknya.”  (Hadis Riwayat Muslim)


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."  ( Surah Al Baqarah :261)



Kutipan Semasa Borang

RM {nilai_semasa}

Sasaran Kutipan Borang

RM {nilai_sasaran}

0%


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
DANA MASJID-1-RM1000
DANA MASJID-2-RM500
DANA MASJID-3-RM100
DANA MASJID-5-RM30
DANA MASJID-6-RM20
DANA MASJID-7-SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel khidmat.imasjid@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaJAWATANKUASA PENAJA PEMBINAAN MASJID IMAM ASSYAFIE
No. Akaun08095010016221
Buka Bank Islam IB