Bantu Surau As Sahabah Untuk Pindah Ruang Solat Utama ke Tingkat Bawah 

Bantu Kami Dalam Beribadah



Ayuh Mudahkan Jemaah yang Semakin Berusia Solat di Surau


Penduduk yang sedang meniti usia emas , pastinya sukar untuk menaiki tangga-tangga  Surau As Sahabah, Seksyen 7, Kota Damansara  bagi menunaikan solat jemaah di sini.


Walaupun  kekuatan fizikal semakin merosot  namun, generasi inilah yang sering  mengimarahkan surau  di mana sahaja.


Ini  realiti  yang tidak boleh dinafikan, namun masih ada golongan muda yang turut sama mengimarahkan masjid dengan  solat berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti lain.



Jemaah yang menginjak usia emas terpaksa mengambil masa lama untuk memanjat tangga untuk menunaikan solat di ruang utama Surau As Sahabah yang berada di tingkat atas.


Usaha  menyediakan ruang solat lebih fleksibel dan selesa  untuk semua jemaah perlu dilakukan segera di  Surau As Sahabah , dengan  memindahkan ruang solat utama dari tingkat atas ke tigkat bawah.


Proses penambahbaikan  Surau As Sahabah  ini juga memboleh lebih ramai  jemaah solat dalam keadaan selesa dalam satu-satu masa.


Projek naiktaraf boleh manfaatkan 3080 jemaah


Suasana orang ramai yang menunaikan solat Jumaat di Surau As Sahabah, terpaksa berhimpit dan tidak selesa.


Dianggarkan  3080 jemaah  boleh menunaikan  solat bersama-sama pada hari Jumaat, Hari Raya dan sebagainya di ruangan surau yang akan dinaiktaraf ini.


Masalah jemaah  Surau As Sahabah , yang terpaksa solat di  bawah khemah dan tidak selesa juga dapat diselesaikan.


Surau As Sahabah  ini memang menjadi tumpuan  penduduk sekitar dan pekerja-pekerja di industri berdekatan terutama ketika untuk menunaikan solat Jumaat, ceramah agama, solat terawih dan majlis ilmu lain.


Tiada harta dan wang ringgit boleh di bawa ke kubur, tetapi harta dan wang ringgit yang disedekahkan untuk jalan Allah, rumah Allah pastinya dihitung dan menjadi benteng di rumah kedua anda.


Nabi Muhammad SAW bersabda dalam satu hadis:

“Apabila mati seseorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua-dua ibu bapanya.”


Ayuh marilah bersama membantu umat Islam di dunia untuk membina Rumah Allah yang lebih selesa dengan berinfak, bersedekah dan berwakaf  di sini.



Kutipan Semasa Borang

RM {nilai_semasa}

Sasaran Kutipan Borang

RM {nilai_sasaran}

0%


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
DANA SURAU-1-RM1000
DANA SURAU-2-RM500
DANA SURAU-3-RM200
DANA SURAU-4-RM100
DANA SURAU-5-RM50
DANA SURAU-6-RM30
DANA SURAU-7-RM20
DANA SURAU-8-SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN