PERLU BANTUAN SEGERA DARI ANDA!

MASJID AL-UMMAH, TELOK CHENGAI PERLU  RM700, 000  NAIK TARAF FASILITI  USIA 40 TAHUN




Masjid Al-Ummah yang terletak di Kuala Kedah ini telah dibina sejak tahun 1981 kini masih tidak dapat menjalankan projek naik taraf fasiliti bagi menampung keperluan jemaah di situ.


Ini kerana dana yang diperlukan masjid sebanyak RM700, 000 bagi menampung kos projek itu masih tidak mencukupi dan sumbangan masih sedikit untuk memulakannya.


Antara yang akan dinaiktaraf dalam Fasa 1 :


1. Ruang solat utama yang sudah usang

2. Menggantikan karpet lama yang hapak, nipis dan berdebu dengan baharu untuk keselesaan jemaah

3.Membuat pendawaian elektrik yang baharu untuk mengelakkan litar pintas

4. Menambak tanah perkuburan seluas 1 relung kerana tidak lagi mampu menampung kapasiti jenazah

5.Menaiktaraf ruang parkir masjid



Projek naiktaraf fasiliti Masjid Al-Ummah ini perlu disegerakan!


Ini kerana masjid ini hanya pernah pernah dibaikpulih  sekali sahaja  dalam tempoh  40 tahun beroperasi , sudah pasti banyak fasiliti yang perlu dibaiki dan dinaiktaraf untuk  keselamatan, kemudahan dan keselesaan  orang ramai yang solat di sini.


Walaupun keadaan masjid semakin memberi risiko keselamatan dan jemaah terpaksa berhimpit ketika menunaikan solat Jumaat namun masih dapat dimanfaatkan sebaiknya.



Ruang solat utama sering diisi dengan jemaah yang bertujuan mengimarahkan masjid dan beramal ibadat walaupun keadaannya semakin memberi risiko terhadap keselamatan mereka kerana strukturnya semaking usang.



---

"Alhamdulillah... Rumah Allah ini masih dikunjungi jemaah dari semasa ke semasa!

Masih banyak aktiviti mengimarahkan masjid dijalankan, masih terdengar alunan ayat al-Quran di dalamnya serta zikirullah."

---



Untuk makluman,  projek naik taraf  ini sebenarnya mahu dilaksanakan pada bulan  Disember 2021  namun dana yang berjaya dikumpul  masih sedikit  dan tidak mencukupi untuk melaksanakan projek ini dengan segera.


Jika dilaksanakan juga, bimbang projek ini akan terbengkalai dan menyebabkan masjid tidak dapat beroperasi lebih lama.


INFO TAMBAHAN:

Masjid Al-Ummah ini juga akan melaksanakan kerja-kerja naiktaraf fasa 2 selepas fasa 1 siap nanti. 

Bagi fasa seterusnya ini dianggarkan kos kerja naik taraf menelan belanja RM3.3 juta lagi.

Fakta Penggunaan Dana RM3.3 Juta Untuk Fasa 2 Naik Taraf Masjid Al-Ummah

1.Membesarkan ruang solat tambahan

2.Membaikpulih kemudahan tandas

3.Menambah tempat wuduk

4.Dewan serbaguna

5.Pejabat pentadbiran 

6.Perpustakaan

7.Dewan Taska

8.Kafe

9.Dewan kuliah ilmu


Lakaran bangunan Masjid Al-Ummah yang bakal di naik taraf sepenuhnya kelak lengkap dengan kemudahan fasiliti dan bertambah indah.


Jika anda memerlukan pahala berpanjangan untuk di akhirat sana, Insha-ALLAH sumbangan anda hari ini untuk pembinaan Rumah Allah bernama Masjid Al-Ummah ini akan menghantar pahala berpanjangan buat anda di SANA.


Seperti firman Allah SWT :

---
"Perumpamaan orang - orang yang menderma (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebijih benih  yang menumbuhkan 7 untai dan tiap - tiap untai dapat 100 biji dan Allah melipat kali gandakan (balasan ) kepada orang yang berkehendaki , dan Allah  Luas ( anugerahNya ) Lagi Maha Mengetahui "
- Surah Al - Baqarah : 261






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Dana Masjid Telok Chengai-RM1000
Dana Masjid Telok Chengai-RM500
Dana Masjid Telok Chengai-RM500
Dana Masjid Telok Chengai-RM100
Dana Masjid Telok Chengai-RM75
Dana Masjid Telok Chengai-RM50
Dana Masjid Telok Chengai-RM30
Dana Masjid Telok Chengai-Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN