Masjid Ini Telah Siap Di Bina Tetapi Masih  Berhutang



RAYUAN MENGUMPUL DANA MEMBAYAR HUTANG KONTRAKTOR SEBANYAK RM1.1 JUTA


Masjid Al Muqarrabin yang telah siap dan mula beroperasi sejak Jun 2022, tahun lalu.


KULIM - "Alhamdulillah terima kasih kepada penyumbang untuk membina Masjid Al-Muqarrabin ini. Semua fasiliti asas telah disiapkan dengan sempurna namun kami masih menanggung hutang RM1.1 juta dengan kontraktor," kata wakil  Pengurusan Masjid Al Muqarrabin Taman Angsana, Hamid Saad.


Menurutnya, kerja pembangunan Masjid Muqarrabin Taman Angasana telah siap sepenuhnya, namun masih mempunyai hutang sebanyak RM1.1 juta dengan kontraktor pembinaan.


"Jika boleh kami mahu membayar secepat mungkin kepada kontraktor ini. Kami faham mereka juga memerlukan wang untuk terus beroperasi. Kami merayu orang ramai untuk membantu Masjid Al-Muqarrabin ini segera," tambah Hamid lagi.




Manfaat Masjid Al Muqarrabin

Masjid yang memberi manfaat kepada tujuh kawasan perumahan di sekitarnya ini telah beroperasi sejak Jun 2022 dengan pelbagai aktiviti imarah, dan solat berjemaah.


Lebih 1, 500 jemaah boleh berkumpul di masjid ini untuk menunaikan solat Jumaat dengan selesa. Mereka tidak perlu lagi bersesak, berpanas dan berhujan di Surau Al-Muqarrabin Taman Angsana yang lebih kecil keluasannya sebelum ini.


Ruang solat yang lebih luas dengan fasiliti yang lengkap memberi keseronokan kepada para jemaah melakukan ibadah.


Selain itu masyarakat sekitarnya juga dapat menerima manfaat apabila majlis-majlis ilmu diadakan seperti ceramah dan kuliah agama.



Ruangan Masjid Al Muqarrabin yang luas mampu menampung lebih 1,500 jemaah dalam satu-satu masa.


Pemberitahuan dana terkumpul RM1.5 juta

Untuk makluman semua kutipan dana untuk pembangunan Masjid Al Muqarrabin sejak 2018 telah habis digunakan termasuk kos :

  • pembangunan masjid
  • pembinaan fasiliti asas tandas, bilik wuduk, karpet, penghawa dingin, PA sistem


Bagaimanapun disebabkan pertambahan kos pembangunan, dana yang dikumpul masih tidak mampu menanggung kos kontraktor yang masih berbaki RM1.1 juta.




Selain itu beberapa fasiliti tidak dapat disiapkan lagi berikutan kekurangan dana :

  • Rumah imam
  • Tanah perkuburan


Ayuh bantulah Masjid Al-Muqarrabin. "Hitunglah seberapa banyak pahala yang akan kita perolehi apabila orang telah mula menggunakannya ke arah kebaikan, berapa banyak pula batu batan dibeli menggunakan wang sumbangan, sedekah anda?"


"Sedekah  dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Dana Masjid Al-Muqarrabin-RM15
Dana Masjid Al-Muqarrabin-Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel khidmat.imasjid@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaMASJID AL-MUQARRABIN
No. Akaun552031116689
Buka Maybank2u